Koperasi Usahawan Mellinium Kedah Berhad telah ditubuhkan pada tahun 2011 yang menjalankan aktiviti perniagaan dan pertanian berteknologi tinggi berlandaskan Projek Imbuhan Tani yang menekankan Konsep Perkongsian Bersama untuk Kemajuan Bersama.
Kemajuan teknologi kini telah melonjakkan pembangunan bidang agro di Malaysia dalam membuka ruang dan peluang kepada rakyat dalam menjadikan bidang tani sebagai perniagaan yang menguntungkan malahan untuk jangka masa yang panjang.
Berlandaskan pada konsep ini, koperasi telah merangka dan menjalankan beberapa projek yang dapat meningkatkan ekonomi koperasi dan juga ahli koperasi, malahan memberi peluang kepada usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui konsep koperasi ini. |